Saturday, January 17, 2009

HMT 329 08/09 Soal Selidik tentang "Yasser Arafat"

Soal Selidik tentang "Yasser Arafat"
Saya telah mengemukakan beberapa soalan soal selidik. Soalan ini diberikan kepada 3 bangsa yang brbeza iaitu Melayu, Cina, dan India. Soalan saya adalah seperti berikut:
1. Adakah anda tahu “Yasser Arafat”?
2. Bagaimana anda mengenalinya? Melalui rakan?ibu bapa?pensyarah?suratkhabar?televisyen?
3. Apakah pandangan anda terhadap beliau?

Hasil daripada soal selidik, saya telah mendapati bahawa pelajar Cina yang menjalani soal selidik ini tidak mengenali “Yazzer Arafat”, alasan yang diberi oleh mereka adalah seperti berikut:
1. Jarang membaca suratkhabar bahasa Melayu.
2. Tidak berminat dalam hal politik.
3. Tidak berminat tentang hal-hal yang berlaku di luar negara.
4. Hal-hal politik tidak berkenaan dan berkait dengan pembelajaran.

Bagi pelajar Melayu dan India, kebanyakkannya mengenali beliau. Walaupun mengenali nama beliau tetapi maklumat ( latar belakang, sumbangan Yazzer Arafat ) yang selanjutnya tentang beliau pula mereka kurang ambil tahu dengan memberi alasan “tidak minat”.
Soal selidik ini diberikan kepada 5 orang pelajar ( 2 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar Cina dan 1 orang pelajar India ). Dalam kalangan orang Cina, semua tidak mengenali beliau. Di kalangan orang Melayu dan India, mereka mengenali siapa Yasser Arafat.

Jong Hui Ying 6
Mohd Hazrul Bin Abu Bakar 11
Norazri Bin Ismail 14

No comments:

Post a Comment